JAMBU BATU

Title.

Nama tempatan : Jambu Batiu
Nama saintifik : Psidium guajava
Keluarga : Mytaceae Asal usul tanaman
Jambu Batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico. Ianya tersebar ke merata kawasan tropika dan sub tropika. Di Malaysia kawasan penanaman secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980.

Kawasan Penanaman di Malaysia
Negeri utama di mana banyak guava ditanam secara komersil ialah di Perak, Johor, Selangor dan Pahang.


Kandungan Nutrien

Nutrien Kandungan /100 gm
yang boleh dimakan
Tenaga 48 kcal Protein 10 gm Lemak 1.1 gm Serat 0.2 gm Kalsium 37.0 gm Fosforus 33gm Besi 1.2gm Natrium 48.9 gm Vitamin A 60 mg Vitamin Bl 0.1 mg Vitamin B2 0.05 mg Asid Askorbik (Vitamin C) 1.1 mg
Potensi & Kegunaan
Jambu Batu amat digemari secara makanan buah segar dan secara jus. Ianya juga diproses untuk dijadikan jus, puree dan jem.


BOTANI
Pokok

Pokok bersaiz sederhana, 5 – 10 m tinggi dan berkanopi seluas 5 – 8 m. Pucuk muda berbulu halus, berbentuk empat segi dan berwarna hijau.
Daun

Daun jambu batu bebentuk ringkas, oval ke lebar dan urat daun timbul di permukaan bawah daun. Susunan daun ialah bersetentangan di antara satu sama yang lain.
Bunga

Warna bunga ialah putih dan terletak di paksi pucuk muda.
Buah
Buah berbentuk bulat ke oval dan saiz buah berbeza bergantung kepada klon. Isi buah puteh ke merah jambu dan mengandungi biji kecil yang keras. Terdapat juga klon yang tidak mengandungi biji.



KLON & VARIETI

Buat masa kini terdapat tiga klon yang disyorkan oleh Jabatan, iaitu - GU8, GU9 dan GU10.

Ciri-ciri klon adalah seperti berikut :-

Ciri-ciri GU 8 GU 9 GU 10 Saiz Buah Besar Sederhana Besar Sederhana Bentuk Buah Oval Bulat Oval Bulat Kulit Nipis, Licin dan berwarna hijau

Sederhana tebal licin dan hijau Nipis, Kecil dan berwarna hijau kekuningan Isi Tebal, Pejal dan sedikit kasar, agak manis dan berwarna putih Tebal , rapuh , agak manis dan berwarna puteh Tebal, rapuh tetapi bertekstur halus, agak manis dan berperisa dan berwarna puteh Biji Berbiji berbiji Berbiji




KEPERLUAN TANAMAN

Iklim
Jambu Batu tumbuh dengan baik di kawasan tropika dengan suhu tahunan 27 – 30 darjah celcius dan taburan hujan 2,000 mm setahun. Ianya memerlukan musim kering untuk pengeluaran bunga.

Tanah
Jambu Batu boleh ditanamn dipelbagai jenis tanah. Tanah yang kurang sesuai seperti tanah bekas lombong memerlukan langkah-langkah pemulihan tanah sebelum penanaman dijalankan.




AMALAN KULTUR

Bahan tanaman
Bahan tanaman ialah secara tut dan mata tunas. Kaedah ini dapat mempastikan klon yang tulin dan masa pengeluaran buah yang cepat


Jarak tanaman
Sistem tanaman ialah sistem tanaman empat pada jarak 4 m X 4 ( 625 pokok/ha)

Penanaman di Ladang
Lubang tanaman berukuran 0.3 m X 0.3 m X 0.3 m perlu disediakan dan bahan organik (5 kg/lubang), Triple Superphosphate CIRP (200 gm/lubang) dan Ground Magnesium Limestone ( 100 gm/lubang) digaul bersama tanah semasa menanam. Gangguan kepada akar pokok hendaklah diminimakan semasa menanam.

Cantasan
Cantasan perlu dijalankan semasa tumbesaran pokok . Pada permulaan cantasan pembentukan dilakukan untuk membentuk supaya ianya berbentuk terbuka dan mengurangkan ketinggian pokok serta membentuk dahan yang kuat untuk menampung buah.
Pucuk matang pula perlu dicantas untuk mengurangkan pertumbuhan sulur air yang berlebihan dan juga untuk menggalakkan pengeluaran bunga

Pembajaan

Program pembajaan adalah seperti berikut :-


Fasa Umur (Tahun) Jenis Baja Kadar (Kg/pokok/tahun) Masa Semasa Menaman 0 Bahan Organik 0.25
  0.1 Digaul bersama tanah dalam lubang 5   1* 15:15:15 0.5 4 kali/tahun Tumbuh dengan pokok 2* 15:15:6:4 1.0 Semasa musim hujan bermula Pengeluaran Buah 3* 12:12:17:2+TE 1.5   4* 13:13:13:17 2.0    

Membalut Buah & Membuang Putik
Buah dibalut menggunakan beg yang diperbuat dari kertas surat khabar semasa buah berputik (sebesar ibu jari). Hanya sebiji buah ditinggalkan untuk setangkai bunga untuk tujuan mendapatkan buah yang besar dan berkualiti.
Pengurusan Air

Untuk pengeluaran secara komersil pengairan adalah mustahak.
Beberapa jenis sistem pengairan boleh digunakan seperti system pengairan renjis dan sistem pengairan titis.



PENGURUSAN MAKHLUK PEROSAK

Penyakit

Penyakit utama yang menyerang tanaman Jambu batu ialah :-

Penyakit
(Agen Penyebab)
Simptom Kawalan Scab
(Pestalotiopsis psidii) Nekrasis pada kulit buah Copper oxychloride End-ring rot
(Phomopsis psidii Kesan Nekrosis pada hujung buah benomly at 0.05 % Antraknos Tompok hitam pada kulit buah bergabung membentuk kawasan yang besar benoimly at 0.05 % a.i Brown rot
(Botryophaeria ribus) kawasan yang berpenyakit menjadi reput dan berair benomly at 0.05 % a.i  

Serangga


Penyakit
(Agen Penyebab)
Simpton Kawalan Lalat Buah Serangga bertelur di permukaan buah larva masuk dalam buah Methyl engenol or promer as bait Helepeltis
(Helopeltis theobromae Serangga dewasa menyerang pucuk dan daun menyebabkan layu dimethoate 1 % a.i Mealy bugs ( Ferisiana virgata, pseudo, citriculus, Planococcus pacifius) Serangga dewasa menghisap daun dan mengeluarkan cecair yang menggalakkan pertumbuhan kulat minyak putih Kulat putih serangga dewasa menghisap daun dan mengeluarkan cecair yang menggalakkan pertumbuhan kulat deltamethorin at 0.01 % a.i Meloidogyne Pokok terbantut kerana akar yang diserang mengjadi bengkak phenamifos or and carbofiuran Pengorek batang Pokok dewasa mati di bahagian atas tempat yang diserang paradichlorabenzene or metharidophos (trunk injection) Fruit borer (Cryptorrhyncus mangeferae)   methamidophos at 0.1 % a.i Lalat buah Buah matang diserang dan larva mengorek buah methamidophos at 0.1 % a.i Leaf eaters (Apogonia spp, Adorwtus spp, Hypomeces) Serangga dewasa memakan daun menyebab daun berlubang spray with trichlorpon or dimethoate (0.1 % a.i)
Rumpai
Jarak tanamn yang rapat memberikan ruang yang semoit untuk pertumbihan rumpai. Walau bagaima pun kawalan rumpai di sekeliling pokok ialah secara manual.
Sungkupan disyorkan untuk mengawal pertumbuhan rumpai dan mengekalkan lembapan tanah di sekeliling pokok.
Rumpai di antara barisan boleh dikawal menggunakan racun rumpai atau dikawal dengan penanaman penutup bumi.





TEMPOH KEMATANGAN & MENGUTIP BUAH

Tempoh Kematangan
Pokok guava yang dibiak secara tampang akan mengeluarkan hasil bermula 1 – 2 tahun selepas menanam.
Pokok yang dibiak menggunakan bini akan mengeluarkan hasil bermula 2 –3 tahun selepas ditanam.

Hasil
Hasil pada musim pertama adalah rendah.
Hasil pada 4 – 5 tahun ialah 40 – 50 tan/ha

Musim
Di Malaysia guava boleh berbuah disepanjang tahun.
Walau bagaimana pun, ada dua musim utama, iaitu selepas muism kemarau yang menggalakkan pembentukan bunga.

Indeks Mengutip Buah
Buah guava mengambil masa 15 – 17 minggu selepas berputik. Buah boleh dipetik apabila bahagian dekat tangkai buah telah matang, di mana kulit buah berwarna hijau kekuningan dan isi buah rangup dan manis.





PENGENDALIAN LEPAS TUAI & PENYIMPANAN

Pengendalian Lepas Tuai
Buah dipungut dengan menggunakan secateurs dan sebelum itu kertas pembalut dibasahkan terlebih dahulu untuk mengekalkan kelembapan buah.
Kemudian, buah dibasuh, dikeringkan, digred dan dimasukkan ke dalam bakul untuk pasaran.

Penyimpanan
Buah yang telah dipetik boleh disimpan pada suhu 26 darjah Celcius untuk seminggu dan 4 – 5 minggu pada suhu 5 darjah celcius





EKONOMI
Jumlah kos pengeluaran untuk tempoh 10 tahun ialah RM 75,000.00
Berdasarkan harga selepas di ladang :-

Nilai Bersih Kini @ 10% ialah RM 14,200.00

Kadar Pulangan ialah 27 %, dan

Nisbah Faedah Kos @ 10% ialah 1.50