RAMBUTAN

Title.

Nama Biasa: Rambutan
Nama Saintifik: Nephelium lappaceum L.
Famili: Sapindaceae
Asal
Berasal dari kawasan Malaysia-Indonesia.

Kawasan Utama Tanaman
Rambutan didapati ditanam dengan meluas di negeri Perak, Pahang, Kedah dan Kelantan.


andungan Zat Makanan Nutrien Unit/100 g bybm Tenaga 59.9 Air 84.7% Protein
0.7 g Lemak 0.1 g Karbohidrat 13.9 g Serat 0.2 g Kalsium 22.0 mg Fosforus 30.0 mg Besi (Fe) 2.5 mg Thiamin 0.01 mg Riboflavin 0.04 mg Niacin 0.1 mg Vitamin C 38.6 mg Kegunaan
Buah rambutan dimakan segar atau dikalingkan dan juga boleh dibuat jem.




BOTANI TANAMAN


Pokok
Mempunyai kanopi yang rimbun dan rendang dan boleh mencapai ketinggian sehingga 20 m.

Daun
Daun rambutan adalah jenis kompaun tersusun berpasangan secara berselang-selang dan mempunyai 3-9 anak daun.

Bunga
Bunga rambutan bersaiz kecil (0.5 cm lebar). Bunga-bunga ini terdapat dengan banyaknya dalam satu jambak bunga di hujung ranting. Bunga rambutan tidak mempunyai kelopak bunga, tetapi ada 4-6 sepal yang berwarna kuning muda dan berkilat serta tidak berbulu.

Buah
Buah rambutan terdapat dalam satu tangkai di hujung ranting. Buah rambutan berbentuk bujur atau hampir bulat berukuran lebih kurang 5 cm. Buah muda berwarna hijau dan menjadi kunung atau merah apabila masak. Kulit buah mempunyai rambut berukuran 0.8-1.0 cm dan berwarna merah atau kuning. Kulit buah nipis dan senang dikopek dan tidak melekat pada isi. Isinya manis dan berjus.





KULTIVAR / KLON
Jabatan Pertanian telah mendaftar 193 klon rambutan. Hanya 7 klon sahaja disyorkan untuk ditanam secara komersil. Klon-Klon ini adalah R 134, R 156, R 162, R 167, R 170, R 191 dan R 193.

Ciri-ciri klon adalah seperti berikut:
[Klik pada gambar untuk mendapat gambaran yang lebih jelas]
Klon Berat/buah
(g)
Jumlah Pepejal Larut % Ciri-Ciri
R134 41 24 Kulit berwarna merah. Isinya manis, tebal, sederhana pejal, lekang dan berjus. R156 39 19 Kulit berwarna kuning. Isinya tebal, sederhana manis dan pejal, berair dan lekang. Bentuk buah bulat. R162 42 20 Kulit berwarna merah kekuningan. Isi tebal, sederhana manis, tidak begitu berair dan lekang. Bentuk buah bujur. R167 44 - Kulit berwarna merah kekuningan. Isinya sederhana tebal, manis, pejal dan lekang. Bentuk buah bujur. R170 37 23 Kulit berwarna merah. Isinya manis, tebal, pejal dan lekang. Bentuk buah bulat-bujur. R191 35 15 Kulit berwarna merah. Isinya lembut, sederhana tebal,manis,kurang berair dan lekang. Bentuk buah bulat-bujur. R193 40 23 Kulit berwarna merah. Isinya manis, tebal dan pejal, serta berair dan lekang. Bentuk buah bujur.




KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Pokok rambutan sesuai ditanam di kawasan yang suhu optimanya di antara 26-28 °C, dengan purata hujan tahunan di antara 1700-2500 mm.
Penanaman rambutan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah di kawasan tropika dan pH tanah di antara 5.5-7.0.




AMALAN KULTUR
Bahan Tanaman
Biasanya rambutan ditanam dengan menggunakan anak cantuman.


Sistem Penanaman
Sistem penanaman empat segi sama adalah disyorkan. Sistem penanman yang lain seperti tiga segi sama dan quincunx juga boleh digunakan. Jarak tanaman ialah 9.0m X 9.0m yang boleh menghasilkan 123 pok/hektar untuk sistem segi empat sama, 142 pok/ha untuk segi tiga dan 246 pok/ha untuk sistem quincunx.


Penanaman di Ladang
Lubang berukuran 60 cm X 60 cm digali sebulan sebelum menanam dan 200 g CIRP ditabur ke dalam lubang, 5-10 kg/lubang baja organan digaul bersama tanah atas dan dimasukkan semula ke dalam lubang. Buatkan lubang kecil di tengah lubang untuk ditanam dengan pokok rambutan. Letakkan anak pokok rambutan di lubang tersebut. Timbus tanah pada pangkal pokok dan tinggikan sedikit supaya nampak berbusut di pangkal. Berikan sokongan kayu dan siram pokok tersebut.


Pemangkasan
Cantasan dibuat bagi membentuk pokok supaya seimbang, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Cantas dahan dan ranting yang mati, berpenyakit serta tunas air yang tumbuh. Sistem pemangkasan terbuka adalah disyorkan untuk rambutan.


Pembajaan
Program pembajaan yang disyorkan bagi pokok rambutan adalah seperti berikut: -

  Peringkat Umur Pokok
(Tahun)
Jenis Baja Kadar
(kg/pok/tahun)
Kekerapan Vegetatif 1 15:15:15
atau
15:15:6:4 0.5 5 - 6 2 1.0 3 - 4 Penghasilan 3 12:12:17::2 + TE
atau
13:13:20::2 + TE 1.5 3 - 4 4 2.0 3 - 4 5 2.5 3 6 3.0 3 7 4.0 3 8 5.0 3 >8 5.0 3




KAWALAN PEROSAK
Penyakit
Penyakit-penyakit utama bagi tanaman rambutan adalah seperti berikut: - Penyakit Simptom Kawalan Kulapuk berdebu
(Oidium nephelii) -Sering berlaku pada buah muda yang belum berisi.
- Maisilium kulat menyaluti buah.
- Jika tidak dikawal buah akan merekah dan gugur sebelum masak. - Mengawal rimbunan pokok melalui cantasan yang sempurna.
- Periksa setiap minggu bunga dan buah terutamnya di musim hujan.
- Jika perlu, sembur dengan racun kulat jenis sulfur pada kadar 0.1-0.2% bahan aktif. Kulapuk hitam
(Meliola nephelii) - Kulat menutupi permukaan kulit buah dan daun.
- Ini menghalang fotosintesis dan seteusnya menghalang pembesaran buah.
- Kulat ini tumbuh bila ada manisan yang dihasilkan oleh koya. -Kawal koya pada pokok rambutan dengan menggunakan minyak putih pada kadar 1:50 bahagian air. Cerana batang (Dolabra nepheliae) - Kulat menyerang batang dan ranting.
- Tanda serangan kulat ialah ada keruping pada dahan dan ranting pokok. - Dapat dicegah sekiranya amalan kultur dibuat dengan sempurna.
- Pastikan ada peredaran udara.
- Cantas ranting yang diserang. Kawalan Serangga
Serangga utama tanaman rambutan adalah seperti berikut: -



Serangga Simptom Kawalan Ulat lipat daun
(Adoxophyes privatana) - Larva memakan dan menggulung daun muda - Guna racun carbaryl 0.1% bahan aktif Ulat buah rambutan
(Conopomorpha cramerella) - Larva mengorek masuk melalui kulit berhampiran tangkai buah dan memakan di bawah kulit. - Tanam buah yang rosak dan gugur.
- Sembur buah ketika muda dengan cyperrmethrin 0.1% a.i. Kumbang pemakan daun i. (Apogonia sp.)
ii. (Adoretus sp.)
iii. (Hypomeces squamosus) - i. memakan daun - berlubang
- ii. memakan tisu dan urat daun sahaja
- iii. memakan daun - berlubang - Sembur racun carbaryl pada kadar 0.1% a.i. Kawalan Rumpai
Bersihkan kawasan keliling pokok pada peringkat awal pertumbuhan. Sungkupan adalah disyorkan bagi mengurangkan pertumbuhan rumpai di keliling pokok dan juga mengekalkan kelembapan. Rumpai di antara barisan dikawal dengan bahan kimia atau dengan menanam kacang penutup bumi.





KEMATANGAN DAN PENUAIAN HASIL
Kematangan
Buah rambutan mengambil masa 100-130 hari untuk matang ( dari bunga kembang hingga buah masak).

Hasil

Pokok rambutan mula berbuah pada tahun ketiga selepas ditanam dengan anggaran hasil 2000 kg/ha. Penghasilan boleh meningkat sehingga 9000 kg/ha pada tahun kesembilan ke atas.

Musim Buah
Pokok rambutan boleh berbuah 2 kali setahun jika terdapat 2 musim kemarau. Musim utama biasanya berlaku pada bulan Jun-Ogos dan musim kedua pada bulan Disember-Januari.

Indeks Penuaian

Buah rambutan boleh dipetik apabila mencapai indeks kematangan 4 bagi kebanyakan klon ( warna bertukar merah atau oren) dan bertukar kuning kehijauan bagi klon R156.

Pengutipan Hasi
l
Buah rambutan dipetik secara manual dengan menggunakan gunting panjang atau kacip. Biasanya buah dipetik pada waktu pagi atau petang semasa cuaca redup.




PENGENDALIAN LEPASTUAI DAN PENYIMPANAN


Pengendalian selepas tuai

Buah yang dikutip dikumpul dalam bakul rotan atau bakul plastik dan tidak didedah kepada cahaya matahari. Buah terus dihantar ke pusat pembungkusan dengan secepat mungkin untuk pemilihan. Buah yang rosak seperti busuk, muda atau terlalu masak diasingkan.

Pembungkusan
Buah rambutan boleh dibungkus untuk pasaran eksport di dalam kotak corrugated fibre board atau tray foam.

Penyimpanan
Tempoh simpanan bagi buah rambutan sangat pendek. Dari kajian yang dijalankan buah rambutan yang disimpan tanpa dibungkus pada suhu 10 °C dan R.H. 90-95% boleh bertahan sehingga sepuluh hari sahaja.




EKONOMI PENGELUARAN


Jumlah kos pengeluaran bagi 25 tahun ialah RM 56,356.00

Berdasarkan kepada harga ladang pada RM 1.13/kg,

Nilai Kini Bersih (NPV) pada 10% ialah RM 7339.00

Kadar Pulangan Modal (IRR) ialah 16% dan

B/C Ratio pada 10% ialah 1.36.